November 25, 2010

di sebalik suara...

Tersebutlah kisah terdapat seorang jurutera yang berjaya bernama Kay.Pada suati hari beliau ditugaskan di sebuah pedalaman yang amat terpencil.Jadi awal2 pagi lagi Kay telah pergi ke kawasan pedalaman itu.


Hari itu akan mengubah hidupnya buat selama lamanya....


semasa Kay sedang memandu di tgh2 kawasan terpencil itu,kereta beliau tiba2 rosak.Semasa Kay sedang merungut tentang nasibnya dam memaki hamun keretanya,datang seorang ketua sami.Sami itu menanyakan masalah Kay dan berkata padanya,


"wahai anak muda,saya berasa sungguh simpati akan malang yang menimpa anak muda.Apa kata anak muda berteduh dahulu di kuil saya.Segala pakaian,makanan,dan bilik tidur akan kami sediakan."


Tanpa ragu2 Kay pon akur lalu mengikut ketua sami itu ke kuil yang tidak jauh dari tempat yang terpencil lagi menakutkan itu.


Setelah 10 minit berjalan,mereka pon tiba di sebual kuil yang besar.Kay diberi sepersalinan yang cantik,makanan yang lazat2 serta bilik tidur yang amatlah luxurious


Pada malam itu,semasa Kay bersiap2 untuk tidur,beliau terdengar sebuah suara yang amatlah merdu lagi mengasyikan.Beliau cuba mengendahkan suara itu,namun gagal.Sepanjang malam Kay tidak dapat tidur mendengatkan suarah yang entah datang dari mana.


Keesokan paginya,selapas Kay menikmati sarapan pagi yang sedap,dia menghampiri ketua sami lalu bertanya,"Tuan sami,semalam saya tidak boleh tidur walaupun seminit kerana terdengar sebuah suara yang mendayu-dayu yang entah dari mana datangnya."


"anak muda,"jawab tuan sami itu."sememangnya kami berasa kagum kerana anda dapat mendengar suara unik itu.namun apakan daya,adalah terlarang untuk kami memberitahu anak muda apakah suara unik itu.


Dengan seribu persoalan di kepala hotak Kay,dia pun meminta diri untuk pulang kerana keretanya sudah habis dibaikioleh sami2 yang lain.


Nak dijadikan cerita,seminggu kemudian,Kay kembali ke kawasan terpencil itu untuk membuat research pertapakan.Dan perkara yang sama terjadi.Kereta Kay mati di tengah2 kawasan gerun itu.


Sedang Kay memaki hamun keretanya,ketua sami yang sama minggu lepas datang dan offer bantuan yang sama.Dengan perasaan pelik bin hairan,Kay pun ikutlah sami itu ke kuil.


Setelah memakai sepersalinan pakaian yang fabulous dan menikmati makanan yang enak,Kay pergi ke kamarnya yang sama minggu lepas untuk tidur.


Malam itu benda yang sama berlaku.Sebelum Kay sempat tidur,suara yang sedap itu mula didengari Kay.Merdu lagi mengasyikan.Satu malam Kay sukar untuk tidur.


esoknya...


setelah menikmati sarapan pagi yang giler punya sedap,Kay menghampiri ketua sami itu.


"tuan sami,semalam saya terdengar lagi suara itu.saya tidak boleh tidur langsung,tuan sami!"


"anak muda"ketua sami itu menjawab,"anda amat bertuah kerana boleh mendengar suara itu,Tetapi seperti yang telah ditetapkan,saya sbg ktua sami tidak boleh memberitahu sebalik suara itu kepada anak muda"


Akibat ingin tahu,Kay pun mula merayu"Tolonglah tuan sami!saya memang nk tahu sesangat suara misteri itu!saya akan buat apa saja yang tuan sami suruh!asalkan saya tahu apakah suara itu.apa sahaja!"


ketua sami itu memandang wajah Kay yang tidak berjerawat itu lalu berkata,Baiklah,saya setuju.Kamu akan tahu apakah rahsia di sebalik suara tersebut jika kamu ikut syarat2 saya"


"apakah syarat2nya,tuan sami?"


"syarat pertama-kamu hendaklah jadi seorang sami.Kedua-kamu hendaklah mengelilingi dunia dengan berjalan kaki dan mengira bilangan butir pasir dan helaian rumput dalam dunia ini.Setelah selesai,datanglah semula ke kuil ini dan berikan jawapan yang tepat dan saya akan tunjukan pada awak suara itu."


"baiklah tuan sami"


Lalu Kay meletakan jawatannya sebagai seorang jurutera dan menjadi sami.Beliau pun mula menjelajah ke segala pelusuk dunia.dia pergi ke semua pulau,baewah tanah dan mendaki gunung.


Beliau juga mengira butir pasir dan helaian rumput sepanjang perjalanannya.Dengan bekalan otak yang Kay ada,dia telah menanyakan kepada pakar2 geografi di setiap tempat dia pergi tentang bilangan pasir dan rumput dan mengira semula takot2 salah.Ramai yang mengangap Kay gila,tapi Kay buat bodo jer la...demi suara misteri yang sedap itu,Kay sanggup berbuat apa sahaja!


Masa berlalu dengan cepat.sudah 20 tahun Kay mengelilingi dunia menjalankan misinya.dia akhirnya kembali ke kuilnya dahulu.di hadapan kuil itu berdirinya tuan sami itu.


Kay mendekati tuan sami itu lalu memberitahu jawapan bilangan pasir dan rumput di dunia ini.


tuan sami itu berkata" Tahniah kay,anda telah memberikan jawapan yang tepat sekali.sekarang,seperti yang telah dijanjikan,saya akan membawa kamu ke dalam bilik di kuil ini yang mengandungi punca suara itu"


"baiklah,tuan sami" akur Kay dan mengikuti tuan sami itu.



Mereka brdua kemudian menaiki tangga sebanyak 69 tingkat untuk ke tingkat teratas sekali di mana bilik misteri itu berada.Setiap tingkat mempunyai 100 anak tangga.Jadi ada 6900 anak tangga kesemuannya yang perlu Kay daki.Sami tu menaiki tangga tanpa aa2 masalah.Kay sudah mual berasa lenguh kaki bila naik tangga tersebut.



setelah berjam2 mendaki tangga yang banyak itu,mereka sampai juga ke tingkat 69...



Perjalanan masih diteruskan.mereka melalui lorong ke bilik misteri yang gelap itu...walaupun letih,Kay sanggup berbuat apa sahaja untuk suara yang lunak itu!!!.Tinggi betol cita2 hero kita nih.



Akhirnya mereka sampai juga di hadapan pintu bilik misteri itu.pintu itu bersalut emas dan dikunci.


"anak muda,"ujar tuan sami iu kepada Kay."saya amat berbangga dengan anda.awak memang bersemangat dan xputus asa.disebabkan awak nk tahu sangat apa yang berada di sebalik pint emas ini,ambilah kuncinya."


Kay pun mengambil kunci yang diperbuat daripada emas yang dihulurkan oleh tuan sami tersebut.


Dia pun membuka pintu emas itu.Selepas pintu emas itu terbuka,terdapat satu lagi pintu selepas pintu emas itu iaitu pintu perak.


Kay menggunakan kunci yang sama dan pintu perak itu pun tgerbuka.Begitu jugalah keadaannya untuk pintu2 yang lain...




pintu perak




pintu gangsa




pintu berlian




pintu intan




pintu mutiara




pintu zamrud




pintu nilam




pintu topaz




pintu beril




pintu delima




pintu jed




pintu ametis




dan pintu yang terakhir....




PINTU AKED




tapi pintu aked itu unik sikit x guna kunci.

tapi guna akal...

di pintu jed itu terteranya soalan matematik yang perlu dijawab Kay alu dia nk masok.

soalan itu berbunyi:


34228738273978178621848184 x 78278481=?



Tanpa kertas dan pen untuk tulis equationnya,Kay menggunakan otaknya untuk mencongak jawapan matematik itu.

Setelah 3 jam mengira jawapannya, dia memberitahu jawapannya kepada sami itu.

jawapan itu tepat...




lalu suara lunak itu mula didengari oleh Kay dan pintu aked itu pun terbuka dengan sendirinya....





Kay melangkah masuk ke dalam bilik itu perlahahn2 dan melihat..........


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



OPPPPPP!!!!!!!!!




kalu nak tahu apakah suara itu di sebalik pintu,korang kenala jadi sami dulu,then keliling satu dunia,kira semua passir dan rumput dalam dunia ni,x terlepas satu pon,then naik tangga sebanyak69 tingkat,,dan selesaikan soalan matematik tadi...guna otak saja!!!!




muahahaha =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...