February 26, 2011

cara nak bagi orang menyampah kat facebook

Disebabkan aku berasa amatlah menyampah dengan apa yang jadi sekarang ni,maka aku nak buat post macam mana nak bagi orang menyampah kat fecebook.

1) Buat macam facebook korang macam twitter.Apa saja kejadah yang jadi dalam setiap saat ,korang tulis sebagai status.Sebagai contoh"Baru bangun tido","Quacker oats aku tak sedap"atau pun"Kucing aku tengah mengiau  sekarang" Kalau boleh,bawak je laptop tu pergi mana-mana dan update every single thing yang jadi.


2) Update pasal Mob Wars, Farmville, atau mana-mana game kat facebook.update pasal level up korang ataupun update pasal korang hilang lembu tempang kat farmville.Kalau boleh,bagi news feed korang tu penuh dengan segala update game-game korang.Tak cukup lagi?Never stop spamming wall kawan korang dan mintak derang tolong korang expand bakery or tolong bagi baja kat korang.

img


3) GuNeW uPpeR dAn LoweRcAsE LetTeRs Eja SeMEw BenDeW saLa. gUNeW DalaM SeTIaP pErKaTaAN.tAk KisAhlA pAsAL ApeW p0wN,gUneW ajErLew CaRa NiEy..LaGI bEZz kALuE TuLesS pAnjAng2,NaK BaGikK MeMbeW kITeW mEnYampAh daN uNFriENd kItEw.


4) Instead of guna facebook chat feature,tulis every single thing kat wall korang.Buat sampai wall derang penuh dengan post korang.

img



5) Sama jugak macam nombor 4,cuma kali ni ambik segala kuiz-kuiz bangang kat facebook seperti "jenama laptop apakah kamu?","Saiz botol susu apa yang patut kamu pakai?"atau apa-apa saja soalan berkaitan dengan kawan korang dan post kat wall kawan korang.Buat sampai penuh wall dia.



6) Sila bagi terlalu banyak informasi sebagai status korang.Bagitau lah satu dunia korang masuk bilik air pakai tuala warna apa,nak pakai sabun warna apa.Bagitaulah satu dunia yang korang baru je bunuh lipas dengan hanya menggunakan kentut korang yang power tu.




OMG.Aku tengah guna tisu Premier untuk mengelap 
hingus aku yang berwarna hijau kekuning-kuningan sebab 
aku selesema sejak 3 jam yang lalu.Rasa menyesal sebab 
makan 8 aiskrim paddle pop perisa vanilla yang ada 
sprinkles warna warni kat kedai pak dollah yang depan 
rumah aku semalam,pada pukul 10.15 malam

tak boleh specific lagi ke?hukhukhuk



7)Combine step 1,2,4,6.





p/s: penulis entry ni tak bertanggungjawab kalau korang di-unfriendkan kat facebook kalau guna cara ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...