May 30, 2011

Seat back



Most of the time aku tengok orang - 

-dapat phone canggih-canggih yang mak pak depa beli utk hadiah result pereksa terbaik depa.Yang result pereksa pun tak bapa nak elok pun mak pak depa bagi.Tau la 1/4 daripada harga phone aku sebagai hadiah pmr pun aku yang bokeluaq.

-dapat ipod daripada yang kecik molek sampai ke yang besaq gedabak yang mak pak depa beli.Aku nak beli yang rm50 pon mak aku kata 'po blah buang'

-boleh guna laptop 24/7 tanpa had.Aku nak bukak pon ada limit.Orang kata aku tak dak life.

-Selalu keluaq pi malls sesuka ati ja,lepak kat situ sampai suboh.Aku yang nak keluaq pon kena beletiaq sebelum pi

-Dapat elaun banyak-banyak dari mak pak depa,spend duit sana sini beli barang yang boleh bagi aku jeles.Aku lak kena save rm7 tiap hari kat sekolah.tu pun tak pernah jadik.

-Gilakan artis-artis korea sebab muka depa yang tak dak jerawat,dance steps depa yangsangat synchronized dan muzik-muzik yang rancak tapi bukan sebab suara depa.Jarang sekali aku dengaq orang kata depa minat artis korea sebab suara depa.

-Boleh pakai apa-apa saja depa nak,baju semua macam dari magazine Cleo,kalau aku kena make sure panjang baju kena lepaih pungkoq.

-Pegang DSLR ataupun camera canggih,kalau aku punya camera macam taik walaupun daripada Aussie.

Tapi aku sedar,walaupun aku tak dak semua barang-barang ni,aku masih lagi bernafas.Aku sedar yang kalau aku work hard for something yang memang aku nak,and bila aku dapat something tu,it will be worth it.Aku akan lebih sayang pada barang tu sebab tu usaha titik peluh aku sendiri untuk beli barang tu.Tak perlu nak bergantung pada mak pak for their money to buy that something unlike some of you people.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...